Home » » Zizan bakal muflis !!!!

Zizan bakal muflis !!!!

Posted by MY BERITA TODAY on Saturday 17 January 2015




Betul ke apa yang admin dengar ni? Zizan bakal muflis sebab kene saman? hurmm jum baca..


Bekas pengurus Zizan Razak hari ini berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina Juki selaku pihak plaintif.

Harjit berkata, mahkaamah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.



Pada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan /yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat.

p/s: Admin harap zizan tidak kene saman la.. sebab ini akan menggangu laluan kerjaya zizan... admin harap zizan akan terus berjaya dan sabar menghadapi dugaan yang mendatang


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}