Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang
membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama
ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad
Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan
beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh
artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang
anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di
KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat
yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah
paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat
sudah semakin lupa dengan ajaran agama. "Kita berhadapan masalah
besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah
tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah
tidak ada," katanya.
0 comments:
Post a Comment