TERKEJUT kami mendengar, hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus tiba-tiba dikhabarkan bertaut kembali.
Kalau betul baguslah, berita gembira sebeginilah yang diharapkan oleh peminat setia mereka.
Bagaimanapun, dah acapkali benar hubungan cinta mereka berdua ini sekejap dikatakan sudah berakhir kemudian timbul cerita sebaliknya.
Terbaharu Emma sendiri yang mengaku memutuskan hubungan cintanya dengan Zizan gara-gara sering makan hati tapi kini dah lain pula kisahnya bila Zizan dikatakan memuat naik status Instagram malam tadi dengan kapsyen:
“Alhamdulilah, terima kasih Allah.. terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua… I love you sayang.”
Gambar itu jelas menunjukkan ayat cinta tersebut ditujukan kepada wanita disebelahnya iaitu Emma Maembong.
Secara jelas status ini bermaksud hubungan cinta mereka berdua telah pulih dan kembali bersatu.
Rata-rata peminat pun nampaknya menunjukkan rasa syukur dan gembira malah sempat berdoakan agar kedua-dua mereka segera melangsungkan perkahwinan.
0 comments:
Post a Comment