Home » » Kalau da mabok ... ambil banta; tido je... kalau tak jadi mcm ni la.. hehe

Kalau da mabok ... ambil banta; tido je... kalau tak jadi mcm ni la.. hehe

Posted by MY BERITA TODAY on Monday, 12 January 2015


Seorang lelaki mabuk mendakwa dirinya boleh memakan kura-kura hidup, tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila kura-kura itu terlebih dulu mengigitnya.
Lelaki itu berkeliaran di sebuah pasar di Beijing dalam keadaan terhoyong-hayang apabila berhenti di depan sebuah gerai ikan dan cuba memakan seekor kura-kura hidup.

Kura-kura itu bagaimanapun menggigit bibirnya terlebih dulu dan melepaskan gigitan itu 10 minit kemudian.
Orang ramai datang menghampirinya, tetapi tiada yang dapat membantu.
Menurut laporan, lelaki itu berusia sekitar 40-an dan memelihara kura-kura di rumahnya.
Dia dikatakan sering bermain dengan kura-kura peliharaannya dengan meletakkannya pada mulutnya.
Malangnya, kura-kura di pasar itu tidak berminat untuk bergurau seperti kura-kura peliharaan lelaki itu.
Pemilik gerai berkenaan berkata: “Kura-kura yang dipeliharanya mungkin kecil. Ia sesuai untuk dipelihara. 

Tetapi, yang saya jual, besar. Ia untuk dimasak. Kami juga sangat berhati-hati apabila memegangnya kerana tidak mahu digigit.”
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mac tahun lalu, seorang lelaki di Fuji dimasukkan ke hospital selepas bibirnya bengkak teruk gara-gara digigit kura-kura. - Agensi


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}