Home » » Kemalangan Di Pentas, Penganjur Mohon Maaf Pada Taeyeon

Kemalangan Di Pentas, Penganjur Mohon Maaf Pada Taeyeon

Posted by MY BERITA TODAY on Friday 23 January 2015


PIHAK penganjur Seoul Music Awards pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan rasmi memohon maaf kepada anggota kumpulan Girls Generation iaitu Taeyeon akibat kemalangan yang telah menimpanya.

Penganjur acara itu dalam kenyataannya menjelaskan, pada Khamis lalu Taeyeon bersama anggota kumpulan SNSD iaitu Taetiseo terlibat dengan kejadian tidak diduga ketika meninggalkan pentas persembahan.
Kejadian di Stadium Olimpik itu berlaku apabila, Taeyeon bersama anggota kumpulannya membuat persembahan sempena Seoul Music Awards yang ke 24 tahun.

Semasa melakukan persembahan, peralatan produksi untuk persembahan yang diletakkan di pentas tiba-tiba jatuh.

Ia dipercayai berpunca daripada kesilapan teknikal kru produksi menyebabkan peralatan berkenaan terhempas di pentas mengakibatkan Taeyeon tercampak.

Kejadian itu menyebabkan Taeyeon terpaksa turun pentas sambil dibantu oleh ahli kumpulannya sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan serius terhadap artis itu sebaliknya dia hanya mengalami sakit pada otot bahagian pinggang.

Penganjur benar-benar rasa bersalah dan memohon maaf keapda pihak pengurusan artis itu, SM Entertainment. 

P/s: Pihak penganjur perlu pastikan 100% keselamatan artis di pentas , pengunjung dan sebagainya. Aspek keselamatan ni amat - amat lah penting. Silap hari bulan penganjur boleh di saman. Jum sambung baca >> enter <<


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}