Home » » Perogol mensasarkan warga emas !!!

Perogol mensasarkan warga emas !!!

Posted by MY BERITA TODAY on Friday, 30 January 2015

 Alahai makin pelik selera manusia zaman la ni.. dahsyat nya manusia akhir zaman



Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas - yang kebiasaannya berasa lebih selamat - dibayangi ketakutan sentiasa.
Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.

Kebimbangan itu tercetus selepas polis - tanpa sebab yang jelas - memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.
Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.

“Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini,” katanya.
Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita - kebanyakannya berusia 70-an - dan membunuh dua daripada mereka.
Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.
Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.

Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.
“Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.

Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.
“Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun,” katanya.



>>> Lakaran gambar suspek <<<


P/S: Tiada kesudahan bagi perogol ni membuat jenayah. Kenapa la perlu merogol. Mereka ni orang - orang yang sakit mental dan patut di kena kan hukuman yang sangat keras!!

Jum sambung tengok lagi > masuk <


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}