Kuala Lumpur: Malaysia dan Indonesia perlu segera mencari penyelesaian terhadap isu persempadanan baharu perairan khususnya di Selat Melaka, yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan nelayan laut dalam sejak lebih 10 tahun lalu.
Langkah itu berupaya mengurangkan risiko pencerobohan ke perairan asing, sekali gus menjamin sumber perikanan dan mengekalkan hubungan baik antara dua negara.
Terdedah ancaman
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamad Dolmat, berkata setiap hari, ratusan bot nelayan laut dalam tempatan terdedah dengan ancaman memasuki perairan asing tanpa sedar berikutan persempadanan baharu tidak diiktiraf pihak berkuasa Indonesia.
0 comments:
Post a Comment