Telah di tetapkan perjalanan hidupmu oleh Allah taala. Hanya amalan dan kebajikan yang akan mengirimu. Dunia adalah tempat persinggahan. Harap tabah walau apa jua dugaan yang mendatang..
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana meliwat bekas pembantunya.
Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.
"Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah)," kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.
Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.
Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.
Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.
Sementara itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman selepas keputusan itu diketahui.
P/S: Andai masa berlalu pergi. Lepaskan jua tangan mu. Hanya harapan yang menggunung. Tiada yang kekal didunia. Hanya kepalsuaan di sajikan
0 comments:
Post a Comment