Macam mana ni? Tepuk dada tanya selera.. hanya maniam yang kenal manikam.. ahaks
Majlis resepsi perkahwinan pasangan Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet atau lebih dikenali dengan nama Datuk Gmix berlangsung meriah namun disebalik itu ada kontroversi yang kurang senang untuk didengari.
Adik beradik kepada Datuk Gmix khabarnya kini sedang tidak berpuas hati dengan perangai dan tindak tanduk Eina Azman yang dilihat seakan mahu memisahkan suaminya itu dari keluarga selain tidak menjemput mereka ke majlis resepsi baru baru ini.
Namun menerusi komen di Instagram, Datuk Gmix berkata yang kesemua adik beradiknya hadir ke majlis resepsi tersebut kecuali dua orang adik beradik perempuan yang memang tidak diundang kerana kurang senang dengan perkahwinan itu.
“Saya tak pernah menjemput mereka berdua kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya untuk kembali ke agama Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam. Ibu dan ayah saya sudah membeli baju untuk hadir (ke resepsi) namun ianya dihalang oleh dua beradik itu”
“Ibu saya bercakap kepada saya dan menangis. Saya akan bawa mereka ke muka pengadilan (mahkamah) tidak lama lagi,” tulisnya menjawab soalan seorang individu.
Selepas penjelasan dari Datuk Gmix ini harapnya peminat tidak lagi berspekulasi mengatakan Eina Azman sengaja memecah belahkan hubungan keluarga suami beliau dan mungkin adik beradik pihak lelaki boleh lebih dibawa berbincang selepas ini.
P/S: Hurmmmm macam - macam gimik now.. sabar je la...
0 comments:
Post a Comment