Home » » Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza Sudah Kembali Bersama

Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza Sudah Kembali Bersama

Posted by MY BERITA TODAY on Tuesday, 10 February 2015

Sekitar minggu lepas, aktres Fathia Latiff telah mendedahkan hubungan percintaan beliau bersama Aiman Hakim Redza sudah berakhir kira-kira sebulan yang lalu.
Walaubagaimanapun, cinta masih berputik dan Fathia mengakui sudah berbaik dan kembali bersama Aiman kerana kasih sayang selama dua tahun masih mekar dalam hati dan mereka tidak sanggup untuk berpisah lama.

Fathia akui amat menyayangi Aiman. Jadi apabila berlaku salah faham di antara kami, tak boleh nak merajuk lama-lama.
Dua minggu itu pun dah rasa macam lama. Bukan senang untuk Fathia lupakan Aiman begitu sahaja. Fathia ni seorang yang sangat setia. Hubungan kami bukannya main-main. Dua tahun kami bercinta.
Menyedari ramai yang membuat andaian mereka sendiri semasa hubungan Fathia dan Aiman putus, aktres jelita ini enggan memberikan komen lebih lanjut dan menyifatkan perpisahan mereka adalah kerana salah faham kecil semata-mata.
Ada salah faham sikit. Tak payahlah cerita ya.
Tidak salah sebenarnya untuk Fathia berkongsi cerita mengapa hubungan beliau dan Aiman retak untuk seketika. Ini kerana kalian berdua mempunyai peminat yang ramai. Apa-apapun syukurlah jodoh kalian masih ada dan peliharalah hubungan ini dengan baik.
P/S: Biasa la.. lidah mana yang tidak tergigitkan.. ini kan pula boyfriend and girlfriend. huhu


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}