Home » » Gambar "COLI TERSIDAI" kini menjadi VIRAL !!!!

Gambar "COLI TERSIDAI" kini menjadi VIRAL !!!!

Posted by MY BERITA TODAY on Monday 2 February 2015

Adoi... Ini orang pun ada... tau la awak nyer bra tu BESAR .. colour STRIKING.. bau WANGI.. tapi tolong la sorok sikit...







Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. 


P/s: Admin sendiri konpius dengan motif mereka - mereka ni. Nak tunjuk cover aset mereka ? atau memang mereka kurang sikit dari segi moral. Hurm hope orang Malaysia tak buat perkara pelik ni, huhu


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}