Home » » Giliran Zizan Sindir Fazura Di Instagram?

Giliran Zizan Sindir Fazura Di Instagram?

Posted by MY BERITA TODAY on Wednesday 4 February 2015

 Wau Zizan bikin panas lagi.. apa pun moga bergembira dengan pasangan baru anda.. ceeewahhh :)


“Bila kau tiada bakat, bakat orang jangan sekat” – itulah status caption Zizan yang dimuat naik di Instagram miliknya dan perkara itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Zizan seperti mahu menyerang kembali tindakan Fazura mengkritik kumpulan Virus di MLM baru-baru ini
UPDATE-1: Akhirnya spekulasi yang mengatakan Zizan dan juga Fazura bagaikan ‘berperang’ dijawab sendiri oleh Fazura apabila dia memuatnaik gambarnya keluar bersama Zizan. Jika dilihat daripada gambar mereka, sebenarnya seperti tiada masalah langsung di antara mereka.
Sebelum itu, Zizan dihujani pelbagai kritikan daripada peminatnya sendiri dan dinasihatkan agar melupakan perkara tersebut dan sepatutnya memulakan langkah baru di dalam kariernya.


Tidak mahu keadaan jadi lebih teruk, Zizan menyifatkan apa yang ditulis sebelum itu adalah rap semata-mata dan berharap agar perkara tersebut tidak disalah erti oleh peminatnya. Nampaknya penuh kalendar Januari dan Februari dengan kisah Zizan. Kami tunggu apa isu Mac nanti.
P/S: Macam mana la agaknya perasaan Emma Maembong bila tgk Zizan bermesra ngan Fazura ye.. huhu


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}