Home » » Kedai makan jual semua menu RM2 Ringgit Sahaja

Kedai makan jual semua menu RM2 Ringgit Sahaja

Posted by MY BERITA TODAY on Saturday, 7 February 2015

Wah ini memang terbaik. Jarang - jarang kita dengar orang jual makan RM2 Ringgit !!!






JITRA: Kedai Makan RM2, sesuai dengan namanya, menawarkan sepinggan nasi berlauk dan semangkuk mi pada harga tersebut.

Ia menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang menghargai saiz hidangan dan keenakannya walaupun ditawarkan pada harga rendah.

Pemilik gerai, Rohaya Md Desa, 44, berkata hidangan yang ditawarkan di gerainya seperi nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng and kue tiaw goreng, kesemuanya dijual dengan harga RM2 setiap satu.

Minuman digerai tersebut dijual pada harga RM1 manakala kopi-o dan teh-o panas boleh didapati pada harga 50 sen.

Rohaya yang membuka gerai di luar perkarangan rumahnya di Kampung Changhai, Jalan Sintok Lama di Changlun dekat sini pada Disember tahun lalu mengekalkan harga untuk makanan dan minuman sejak awal pembukaan gerai tersebut.

"Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya tidak menaikkan harga makanan.

"Pendapatan saya sedikit berbanding yang lain tetapi perniagaan ini masih laku.

"Saya berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dan menganggap ia sebagai berkat bahawa gerai saya sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui di gerai tersebut pada Jumaat.

Rohaya berkata beliau masih dapat menawarkan makanan tersebut pada harga yang murah kerana mendapatkan bekalan sayur-sayuran, ikan dan ayam daripada pemborong.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dengan menetapkan setiap hidangan makanan pada harga RM2, golongan miskin dan kurang berkemampuan boleh menikmati makanan di gerai tersebut.

"Saya pernah miskin juga semasa kegawatan ekonomi pada 1998 apabila perniagaan saya jatuh," katanya.

Beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM2,000 sebulan.

Makanan kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Changhai yang dijual hanya RM1.

Pemandu jengkaut, Lim Kim Sing, 60, berkata dia pada mulanya tidak percaya makanan ditawarkan pada harga RM2 sehingga dia sendiri berkunjung ke gerai tersebut.

"Walaupun ia murah dan berbaloi untuk wang anda, makanan di sini tidak kurang sedapnya berbanding dengan gerai lain yang menawarkan hidangan pada harga lebih tinggi," kata Lim.

Pekerja warga Indonesia, Lia Amalia, 28, berkata dia akan pergi ke gerai tersebut hampir setiap hari.

"Saiz hidangan yang disediakan berpatutan, rasanya juga sedap dan harga ditawarkan cukup murah," katanya.

Gerai Rohaya dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Rabu. 

BACA: myberitatoday.blogspot.com

P/S: Harga bukan kayu ukuran sesuatu nilai. Tetapi niat ikhlas penjual meletakkan harga yang rendah menunjukkan keikhlasan dalam menjual barang. Hope semakin ramai yang mengikut jejak langkah peniaga ini. Dan bukan sekadar mengejar keuntungan semata - mata


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}