Home » » Kejadian culik budak 6 tahun di hadapan rumah

Kejadian culik budak 6 tahun di hadapan rumah

Posted by MY BERITA TODAY on Monday 9 February 2015

Hurm, sangat tragis. Depan rumah sendiri pun kene culik. Macam mana la nak cakap lagi..



Port Dickson: Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kanak-kanak terbabit dikatakan berada di halaman rumah rakan ibunya di Kampung Paya, dekat sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak melarikan mangsa menggunakan kereta Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Baharudin Mustapha berkata, ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan kereta suspek di Jalan Sua Betong menghala ke Lukut, di sini.

Menurutnya, polis kemudian mengejar kereta dipandu suspek sebelum berjaya menahannya di Kilometer 28.8 Jalan Sua Betong, kira-kira 4.10 petang.

Katanya, mangsa diselamatkan dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

BACA: myberitatoday.blogspot.com

P/S: Nasib baik dapat tangkap penculik ni. Kalau la tak dapat. Tak dapat admin bayangkan perasaan keluarga ni mengharungi hari hari mendatang tanpa anak yang tiada disisi



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}