Home » » ROSYAM NOOR MILIKI KERETA MEWAH??!!

ROSYAM NOOR MILIKI KERETA MEWAH??!!

Posted by MY BERITA TODAY on Sunday 8 February 2015


Perghhh gempak seh kereta abang Rosyam. Tapi kalau Rosyam ngaku keta dia pun admin percaya. Dia memang mampu. Salah seorang actress yang admin hormati



Kuala Lumpur: “Hak milik siapa kereta itu tak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke?” tegas pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor mengenai dakwaan mengatakan dia memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta secara rahsia.
Desas-desus terbaru itu mendakwa penerbit Suhan Movies & Trading itu mempunyai tiga kereta jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin DB9 dan Aston Martin Rapide.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, tiada penjelasan lanjut yang perlu diberikan berhubung dakwaan itu kerana soal memiliki kereta mewah adalah urusan peribadi yang tidak perlu digembar-gemburkan.
“Tiada komen daripada saya. Saya tak nak cerita lanjut. Bila tiba waktu sesuai, nanti saya akan beritahu.
“Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosyam menambah, persoalan mengenai pemilik tiga kereta berkenaan tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia adalah hak peribadinya.
TIGA kereta mewah bernilai lebih RM8 juta yang digunakan dalam penggambaran filem Balistik.
“Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu? “Itu saja saya boleh cakap. Untuk penjelasan lebih, saya minta maaf tak dapat cakap lanjut,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaru, Balistik pada 9 Januari depan.
P/S: Lakonan beliau memang terbaik. Salah seorang Hero Malaya yang admin hormati. "Clean actress"



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}