Home » » Sikap bacul Malaysia: Telaga minyak kita bakal dikuasai China - Mejar Zaidi

Sikap bacul Malaysia: Telaga minyak kita bakal dikuasai China - Mejar Zaidi

Posted by MY BERITA TODAY on Friday, 6 February 2015

Hurm kalau betul bagai di kata bagaimana tindakkan kita sebagai rakyat? Adakah kita harus terus yakin dengan pucuk pimpinan atau mengutarakan pendapat mengikut landasan yang betul?




Malaysia diingatkan berwaspada dengan ancaman kemaraan peluasan kuasa China yang mendakwa Laut China Selatan sebagai miliknya bahkan memasukkan perairan itu dalam peta rasmi negara terbabit. Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, 45, berkata demikian ke tika mengulas sikap Malaysia yang di lihat tidak mengambil se barang tindak an proaktif dalam memelihara hak wilayahnya seperti telah berlaku ke atas Pulau Batu Puteh pada 2008 lalu. 

Ditemui di kediamannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau berkata, negara lain seperti Filipina dan Vietnam membantah tindakan provokatif China itu sebaliknya Malaysia hanya berdiam diri. “Sudah berlaku beberapa pertempuran antara Chi na dan Vietnam tetapi Vietnam kalah, bot mereka ditembak. China sekarang ini kuasai pulau-pulau di perairan Vietnam. “Konflik juga berlaku antara China dengan Filipina dan pada masa sama China mara sudah turun sampai ke perairan Sarawak lantas claim satu beting dipanggil Beting Serupai sebagai miliknya siap buat semacam upacara perbarisan menyatakan kesediaan untuk mempertahankan wilayah itu,” ujarnya pada 25 Januari lalu. 

Walau bagaimanapun, ujar nya, Panglima Tentera Laut Malaysia menafikan upacara itu berlangsung di beting yang tidak timbul itu sebaliknya mengatakan berlaku di kedudukan 2,000 batu nautika ke utara. “Beting Serupai itu terletak di kawasan paling cetek. China dah pasak batu tanda sempadan dan tahun lepas hantar beberapa kapal untuk buat semacam upacara perbarisan menyatakan ke sediaan untuk memper tahankan apa yang dianggap miliknya. “China kata buat upacara tersebut di situ bahkan berita antarabangsa juga me laporkan hal sama tetapi pihak Malaysia menafikan.

 Sejauh mana siapa yang betul kita tidak pasti,” kata nya. Sehubungan itu, beliau memberi amaran supaya kerajaan tidak mengulang insiden sama yang menimpa Pulau Batu Puteh dengan memberi perhatian serius pada kedaulatan negara di Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor. “Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Beting Serupai, habislah telaga mi nyak kita jadi milik republik itu. Ramai mungkin pandang remeh pada tuntutan beting dan pulau ini pada hal ini berkait juga ke daulatan perairan sekitar pulau sebab setiap tanah itu ada wilayah. 

“Apa yang saya faham, 17 batu nautika dari pantai dipanggil territorial waters (perairan wilayah) bermaksud batas sempadan, orang lain tidak boleh masuk. Kalau masuk itu ceroboh dan boleh diserang. “Luar daripada itu dipanggil EEZ atau Exclusive Economic Zone (Zon Ekonomi Eksklusif) sampai 350 kilometer. Maksudnya sesebuah negara itu berhak ambil manfaat tetapi orang lain boleh lalu,” ujarnya. Mengulas insiden tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh, beliau berkata,

 Malaysia dilihat begitu mudah menyerahkan kedaulatan tanah air kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang terletak di The Hague, Belanda pada 2008 lalu. “Langsung tiada reaksi dari segi ketenteraan. Bukanlah maksudnya kita suruh berperang tapi mengapa begitu mudah Malaysia terus bawa kepada ICJ pada hal itu (Pulau Batu Puteh) hak kita? “Sudahlah bergantung pada keputusan ICJ, kita pula tidak ada sebarang ban tahan sebagai penguat pada tuntutan.

 Patutnya kita tegas. Apa pun berlaku, Singapura mesti serahkan hak kita walau tunggu 100 tahun sekalipun,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar tidak berlaku situasi “pisang berbuah banyak kali” termasuk ke atas Pulau Pisang yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Singapura tetapi pada masa ini difahamkan dikuasai republik itu. “Malaysia tak halau keluar. Singapura masih dibiarkan menguasai rumah api di pulau itu. Adakah episod malang Pulau Batu Puteh akan berulang? Kerajaan paling kurang pun binalah kem kita tapi setakat ini saya tidak nampak ada usaha seperti itu,” kata nya lagi.


BACA: http://myberitatoday.blogspot.com/

P/S: Andai mereka mara. Saya tetap yakin dengan kaedah atau barisan kepimpinan negara. Usah kita persoalkan kaedah mereka. Kerana mereka lebih mahir dalam kerja mereka. Anda setuju?


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}