Home » » Gelaran Dato kepada Jackie Chan di persoal Afdlin Shauki ??

Gelaran Dato kepada Jackie Chan di persoal Afdlin Shauki ??

Posted by MY BERITA TODAY on Sunday 1 February 2015

Macam - macam yang berbunyi pasal tidak puas hati. Apa pun admin hanya mampu memerhati dengan senyuman. Bagaimana pula dengan anda :) 


Hari ini, aktor dan pengarah terkenal mempersoalkan kelayakan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada pelakon aksi yang terkenal iaitu Jackie Chan.

Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.

Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Untuk rekod, ini adalah darjah kebesaran kedua negara yang diberikan kepada aktor antarabangsa selepas Datuk Shah Rukh Khan.


P/S: Pendapat peribadi admin, kita diam - diam sudah.. kalau diorang nak bagi dato, da lama diorang bagi. Ni dia bagi orang lain. So memang la xda harapan. So abaikan je.. huuh


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}