Home » » Keluarga mangsa kelar dakwa beliau telah di culik dan di larikan

Keluarga mangsa kelar dakwa beliau telah di culik dan di larikan

Posted by MY BERITA TODAY on Monday 2 February 2015

Macam - macam perkara berlaku sekarang tanpa kita dapat mengawal keadaan, so pada gadis - gadis di luar sana BEWARE!!



Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa.

Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu dikenali telah menceritakan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.

“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam




P/s: Sebab itu Agama Islam melarang kita keluar bedua - duan, adalah sebabnya. Buat keluarga arwah, admin ucapkan takziah dan perbanyakkan bersabar atas dugaan ini.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

ad banner

.comment-content a {display: none;}